SMK Bukit Goh di tubuhkan pada 7hb Januari 1974 dengan nama rasmi Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan Bukit Goh. Ini disebabkan ketentuan Kementerian Pendidikan Malaysia bahawa sekolah ini hanya akan menempatkan pelajar Ting. 1 ke Ting 3.
Warga sulung SMRK Bukit Goh terdiri daripada 36 pelajar Ting. 1 dan dua guru, yakni Allahyarham Cikgu Ibrahim b Osman [Guru Besar Pertama] dan Cikgu Mohd. Azam b Abdullah. Para guru dan pelajar terpaksa menumpang di Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Goh pada sesi petang kerana bangunan sekolah mereka belum wujud lagi.
Pembinaan bangunan SMRK Bukit Goh bermula pada 15hb Mei 1974 dan siap sepenuhnya pada 13hb Oktober 1975. Pada tarikh tersebut, 138 pelajar [3 kelas] berserta 5 orang guru mula berpindah ke sekolah baru mereka.
Pada tahun 1976 bilangan kelas bertambah menjadi 7 kesemuanya [234 pelajar] dan tenaga pengajar seramai 11 orang. Pada tahun ini juga kumpulan pertama pelajar Ting 3 dari sekolah ini menduduki peperiksaan SRP dengan pencapaian 65.1 % lulus. Pada tahun 1977 pula bilangan kelas bertambah menjadi 10 kesemuanya [338 pelajar] dan tenaga pengajar seramai 15 orang.
Pada tahun 1988, di bawah kepimpinan Allahyarham Cikgu Abdul Razak bin Mohamed, sekolah ini dinaikkan taraf dari Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan [SMRK] ke Sekolah Menengah Kebangsaan [SMK]. Lima buah kelas Ting 4 [satu kelas Aliran Sains dan empat kelas Aliran Sastera] ditubuhkan untuk menampung 172 pelajar lepasan Sijil Rendah Pelajaran [SRP].
Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Goh |
Allahyarham Cikgu Ibrahim b Osman |
No comments:
Post a Comment