Laporan oleh Hairun Nuha bt Daud dan Zulhafiz b Hashim
Pada 15hb Julai 2001, satu pertandingan memasak anjuran Maggi telah diadakan di Berjaya Megamall, Kuantan. Beberapa sekolah dari seluruh negeri Pahang, termasuk SMK Bukit Goh mengambil bahagian di dalam pertandingan ini. Pasukan SMKBG terdiri dari tiga pelajar Ting 3, iaitu Ayu Tini Marlene bt Mamat, Salasiah bt Abu Bakar dan Afziani bt Abdullah.
Berjaya Megamall ©2017 Tourism Pahang |
Mereka telah diiringi oleh Cikgu Hazmah bt Hamzah selaku Ketua Panitia Ekonomi Rumahtangga, dan Puan Pengetua; Hjh Meriam bt Hj Samah. Kehadiran Puan Pengetua telah merangsangkan pasukan sekolah kami untuk menunjukkan prestasi yang sebaik mungkin.
Juadah yang telah disediakan oleh pasukan sekolah kami adalah Nasi Sari Rampai Maggi, Ayam Goreng Makmur, Kerabu Idaman Nestle; dan Puding Sagu Fantasia sebagai pencucui mulut.
Apabila keputusan diumumkan, tempat pertama digondol oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Akar, dan tempat kedua oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh.
Walaupun pasukan SMKBG hanya mampu pulang dengan hadiah saguhati, kami tetap berbangga dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh mereka.
No comments:
Post a Comment