Wednesday, August 16, 2023

29 Julai 2001 | Hari Anugerah Kecemerlangan

Laporan oleh Md Khairul Nizam b Md Zuhan, Atikah bt Md Shaari, Nurulhuda bt Abd Wahab, Muzaida bt Abd Manaf, Husni Wardiana bt Hassan dan Hairun bt Nuha Daud
Editor: Mohd Fais b Kamaruddin


Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SMK Bukit Goh telah berlangsung  pada hari Ahad, 29hb Julai 2001 di dewan sekolah. 

Aturcara Majlis


8:45 pg
Ketibaan YB ADUN Sungai Lembing, Tn Haji Md Sohaimi b Mohamed Shah telah disambut oleh Puan Pengetua, para pengawas dan pasukan kompang sekolah. 

Beliau kemudiannya menyaksikan persembahan taekwondo oleh Mohd Fairus b Kamaruddin dan Mohd Sofee b Abu Bakar. 

Selepas itu, YB memeriksa perbarisan tujuh pasukan unit beruniform.

9:00 pg
Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zakeria b Suboh. 

Ini disusuli dengan bacaan Al-Quran oleh Md Faizal b Che Harun [Ketua Pengawas].

Acara seterusnya adalah persembahan nasyid oleh Kumpulan Mawaddah, dengan lagu "Sepohon Kayu" dan "Seruan Illahi."

9:15 pg
Ucapan Pengerusi PIBG, Tn Hj Harun b Mamat. Di antara topik-topik yang disentuh oleh Tn Hj Harun adalah pembinaan Blok IT dan program-program yang telah dijalankan oleh AJK PIBG sesi 2000/2001.

9:30 pg
Ucapan Puan Pengetua, Hajah Meriam bt Haji Samah. Beliau menyeru para ibubapa supaya sentiasa mengikuti perkembangan semasa.

Puan Pengetua juga menceritakan tentang peningkatan prestasi akademik SMK Bukit Goh, dan hasrat kerajaan untuk memenuhi kuota 60% pelajar aliran Sains dan 40% pelajar aliran Sastera.

Beliau meneruskan ucapannya dengan menceritakan tentang program-program yang telah di jalankan di sekolah; dan isu Black Metal.

10:00 pg
Ucapan Perasmian HAK dan Mesyuarat Agong PIBG oleh YB. Beliau menasihati ibu bapa supaya sentiasa mengambil berat tentang hal - hal yang berkaitan dengan anak-anak mereka.

Isu Black Metal juga disentuh oleh YB, di mana beliau menekankan bahawa Black Metal boleh merosakkan aqidah orang Islam.

YB juga sudi menderma RM5,000 kepada pihak sekolah.

10:30 pg
Acara Penyampaian Hadiah bermula. 

Pelajar Terbaik PMR 2000
Siti Noorleeda bt Hasan [8A]
Siti Nadirah bt Nasir [8A]

Pelajar Terbaik SPM 2000
Aliran Sains: Nor Zuraida bt Ismail [6A 2B 1C]
Aliran Sastera: Wan Nurol Hawa bt Wan Yusof [2A 3B 4C]

Anugerah Ketua Pelajar dan Anugerah Pelajar Mithali
Mohd Faizal b Che Harun
Norhazrin bt Rumidi

Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2001
Persatuan/Kelab:  Mohd Fazli b Jaafar/Kelab Iklim dan Budaya
Unit Beruniform:  Mohd Fauzi bin Abd Wahab/PKBM
Sukan/Permainan:  Shahrul Nizam b Leman/Bola Baling 

Anugerah Jasamu diKenang
Tuan Haji Mansor b Deraman
Cikgu Lan Foo Huat
Cikgu Muhamad Nordin b Omar
Cikgu Mohd Khalil b Abdul Wahab
Ustazah Wan Noriati bt Wan Abdullah
Cikgu Rokiah bt Jusoh
Hajah Che Tom bt Omar

YB juga telah menerima cenderamata dari Puan Pengetua, sebagai tanda penghargaan warga SMK Bukit Goh di atas kesudian YB untuk menghadiri majlis dan menyampaikan hadiah.

Ini disusuli dengan persembahan Choral Speaking oleh sekumpulan pelajar Ting 3, dengan pantun bertajuk "A Better Vision." Kumpulan ini diketuai oleh Nor Aisyah bt Ahmad [3AB].

10:50 pg
YB meninggalkan majlis untuk menjamu selera di kantin sekolah.

Acara diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi kategori-kategori yang belum diselesaikan.

11:20 pg
Acara penyampaian hadiah tamat dan para hadirin dijemput ke kantin sekolah untuk jamuan ringan. Dengan ini, berakhirlah Hari Anugerah Kecemerlangan SMK Bukit Goh bagi tahun 2001.


Ketibaan YB ADUN Sungai Lembing

Persembahan Taekwondo

YB Memeriksa Perbarisan

Persembahan Nasyid oleh Kumpulan Mawaddah

Ucapan Tuan Pengerusi PIBG

Ucapan Puan Pengetua

Ucapan Perasmian YB ADUN Sungai Lembing

Siti Noorleeda bt Hasan

Mohd Faizal b Che Harun

Norhazrin bt Rumidi

Mohd Fazli b Jaafar

Mohd Fauzi bin Abd Wahab

Shahrul Nizam b Leman

Tuan Haji Mansor b Deraman

Cikgu Lan Foo Huat

Cikgu Muhamad Nordin b Omar

Cikgu Mohd Khalil b Abdul Wahab

Ustazah Wan Noriati bt Wan Abdullah

Cikgu Rokiah bt Jusoh

Hajah Che Tom bt Omar

YB Menerima Cenderamata dari Puan Pengetua

 

No comments:

Post a Comment