Laporan oleh Husni Wardiana Hassan, Muzaida Abd Manaf dan Nurulhuda Abd Wahab
Gambar tambahan oleh Janatun Naim bt A Rahman
Hari Guru 2001 disambut dengan meriah oleh warga SMK Bukit Goh pada pagi 16 hb Mei. Tema Kebangsaan Hari Guru pada tahun ini adalah "Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama." Tema di peringkat sekolah kami pula adalah "Hormat Guru, Berkat Ilmu."
Aturcara Majlis
7:30pg
Para guru, jemputan dan pelajar mengambil tempat di tapak perhimpunan
7:40pg
Ucapan Pengerusi Majlis - Janatun Naim dari 5AB dan Mohd Fazli dari 3AB
7:45pg
Bacaan Al-Quran
7:50pg
Bacaan doa oleh Ustaz Zakeria b Suboh
7:55pg
Tazkirah Hari Guru oleh Tn Hj Zainal Ariffin b Darus
8:30pg
Ucapan Wakil Pelajar oleh Mohd Faizal b Che Harun dari 5AB
8:40pg
Ucapan Wakil Guru oleh Cikgu Jamal b Musa
8:50pg
Bacaan Perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia oleh GPK I
9:10pg
Bacaan Perutusan Menteri Pendidikan Malaysia oleh Puan Pengetua
9:20pg
Lafaz Ikrar Guru
9:25pg
Para guru menyanyikan lagu Guru Malaysia, Harapan Kami dan Di Sini Rumahmu dan Syurgamu.
Segmen ini diselaraskan oleh Cikgu Mastura bt Nadzri.
9:40pg
Penyampaian Hadiah Hari Guru
9:45pg
Sukaneka
10:20pg
Rehat. Para pelajar dijamu dengan makanan dan minuman percuma.
10:40pg
Acara Pentas
Persembahan Pelajar
Lagu nasyid bertajuk "Kasih Kekasih"
Bacaan syair oleh Siti Roziana dan Mohd Azhar dari 5AB
Dikir Barat bertajuk "Wahai Guru" oleh pelajar 5AG
Cabutan Guru Bertuah
Tibalah masa untuk guru di 'dera' oleh para pelajar. Acara kelakar yang diberi nama "Cabutan Guru Bertuah" ini telah dikendalikan dengan baik oleh dua pengacara, iaitu Mohd Faizal b Harun [5AB] dan Siti Roziana bt Mat Husin [5AB]. Guru 'bertuah,' yang namanya dicabut, diminta mengikut arahan pengacara-pengacara. Terima kasih kami ucapkan kepada guru-guru kerana begitu 'sporting.' Siapakah cikgu-cikgu tersebut, dan apakah bentuk persembahan 'paksarela' mereka?
Cikgu Mastura berduet dengan Mohd Azhar [5AB] menyanyikan lagu Hindustan bertajuk "Hamko Hamiset Choralo."
Cikgu Solahudin diminta menjadi pengacara dan membaca berita perlumbaan F1.
Cikgu Haryani berduet dengan Cikgu Ruhani Md Isa, menyanyikan lagu Melayu Asli bertajuk "Gurindam Jiwa."
Ustaz Zakeria diminta membaca berita dengan loghat Jawa.
Cikgu Zuzitah berduet dengan Yusrizal [pelajar], menyanyikan lagu "Pandang-pandang, Jeling-jeling."
Ustazah Norasnida dan Syed Anas [pelajar] melakonkan satu babak dari kartun Doraemon, di mana Ustazah memegang watak Doraemon dan Syed Anas, Nobita. Kami telah lama mendengar khabar angin tentang minat Ustazah kesayangan kami menonton siri Doraemon, dan kini semuanya terbukit benar.
Cikgu Hatijah Gan mendeklamasi sajak.
Cikgu Nur 'Ashiqin membaca pantun.
Pasangan paling romantik di SMK Bukit Goh, Papa Zek dan Mama Anida, melakonkan watak Tun Perpatih Putih dan Hang Li Po.
Cikgu Hanifah dan Cikgu Wan Norihan bergabung tenaga untuk mengiklankan barangan dapur.
Menjelang waktu Zohor, persembahan pun selesai dan warga SMK Bukit Goh mula meninggalkan kawasan sekolah, dengan seribu kenangan manis.
Para Hadirin di Tapak Perhimpunan |
Pengerusi Majlis - Janatun Naim dan Mohd Fazli |
Bacaan Doa oleh Ustaz Zakeria b Suboh |
Tazkirah Hari Guru oleh Tn Hj Zainal Ariffin b Darus |
Ucapan Wakil Pelajar - Mohd Faizal b Che Harun |
Ucapan Wakil Guru - Cikgu Jamal b Musa |
Bacaan Perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia oleh GPK I |
Bacaan Perutusan Menteri Pendidikan Malaysia oleh Puan Pengetua |
Lafaz Ikrar Guru |
Nyanyian Lagu Guru Malaysia |
Penyampaian Hadiah Hari Guru |
Acara Sukaneka |
Persembahan Nasyid |
Bacaan Syair oleh Siti Roziana dan Mohd Azhar |
Persembahan Dikir Barat oleh Pelajar 5AB |
Cikgu Mastura berduet dengan Mohd Azhar |
Cikgu Haryani berduet dengan Cikgu Ruhani Md Isa |
Cikgu Zuzitah berduet dengan Yusrizal |
Cikgu Nur Ashiqin Membaca Pantun |
Persembahan Papa Zek dan Mama Anida |
Persembahan Cikgu Hanifah dan Cikgu Wan Norihan |
No comments:
Post a Comment